Tuesday, 9 March 2010

Masalah - masalah Yang Biasa Dalam Pembinaan

Hari ini nak menulis pasal perkara-perkara yang sering di'detect' dalam pembinaan - untuk rujukan sendiri;

1) ...mendapati ujian 'trial mix' tidak dijalankan mengikut spesifikasi dari segi 'current margin',
bilangan kiub dan 'age of test'.

2) ....memaklumkan bahawa xxx tidak memasang tetulang seperti dalam lukisan pembinaan..tetulang
yang dipasang di tapak adalah 16T20 sedangkan dalam lukisan, bilangan tetulang besi
adalah 20T20.

3) ....mendapati keputusan ujian kiub konkrit diuji pada 9 hari dan 30 hari. Keputusan ujian ini
adalah 'in - valid'. Selain daripada itu, keputusan ujian yang 'valid' tidak dibuat analisis.

4) ....mengkehendaki xxx menjalankan analisis keputusan ujian kiub yang mematuhi 3 keadaan
iaitu keputusan individu, kumpulan dan 'statistical analysis for particular batch'.

5).....Surat daripada A mengemukakan 'method statement' for 'post drilled starter bar untuk tangga
B . A mengeluarkan surat tersebut setelah didapati xxx tidak meletakkan 'starter bar' untuk
tangga B.

6)...dukacita diperhatikan, pihak tuan telah melaksanakan kerja-kerja membina dinding batu-bata tanpa membina 'horizontal and vertical stiffener' terlebih dahulu. Amalan pihak tuan untuk membina 'stiffeners' selepas mendirikan batu-bata telah menghasilkan 'stiffeners' yang tidak berkualiti. Pihak tuan diarah untuk meroboh dan membina semula ''horizontal dan vertical stiffeners' yang tidak menepati spesifikasi.


1 comments:

zam said...

a lot of mistakes....learn from other mistakes....tapi, penekanan kita masih x cukup kuat...kesilapan masih berulang2...