Tuesday, 31 January 2012

First Appointment with Prof Zainul MAC HUKM

Semalam buat pertama kalinya saya ke HUKM...Mula-mula pergi ke UKM Specialist Centre di Tingkat 7, jumpa Prof Zainul. Saya bawa sekali surat rujukan drp my previous gynae. Bincang-bincang dan Prof and us decide to do ICSI instead of IVF. Sebabnya kami tak nak buang masa dah...Previous attempts rasanya dah banyak makan masa. Sebenarnya bukan saya sengaja mahu melewat-lewatkan tetapi kami berdua mempunyai banyak perkara peribadi +urusan keluarga + urusan kerja yang perlu diuruskan sebelum ini..

Stress dan tekanan? Hmm tanyalah kepada sesiapa yang berkeadaan seperti saya dan anda akan faham. Saya sebenarnya cuba berfikiran positif ...sebab itu saya lebih banyak mendiamkan diri dan menyibukkan diri daripada melayan perasaan. Memang diakui ada yang bertanya soalan soalan kurang asam (saya tidak kisah jika ditanya tentang rawatan saya + dah ada anak dll sebab itu bagi saya soalan biasa and no harm). Tetapi bila soalan sudah sentuh tentang kahwin/cerai/cari orang lain tambahan pulak baru bersembang dengan kita selepas berbelas tahun tak jumpa ohhh saya rasa itu sudah melampau. Bukankan lebih elok jika kita mendoakan yang elok-elok instead of soalan kawin/cerai itu tadi.


Maka sudahnya saya lebih selesa mendiamkan diri kerana saya juga perlu menjaga perasaan saya supaya tidak stress. Saya perlu tenang dan tidak stress semasa menjalani rawatan saya.
Rawatan start from 2008 so now dah 4 + years cuba IUI dan macam-macam lagi...+ somemore doctor bz + cuti etc...Umur pun rasanya dah makin meningkat dan Alhamdulillah Allah beri rezeki untuk kami buat prosedur ICSI yang anggaran kosnya dalam RM13k (procedure + ubatss).

Ok sedikit tentang Prof..Zainul - boleh refer di link bawah:



Kosmo! Online - Negara




MAC = Medically Assisted Conception Centre, HUKM